Blog Idea Aku akan menerangkan kepada anda cara membuat 'edit profile'. Profail tuan punya blog. Perhatikan photo pada dashboard. Anda boleh menukarkan photo tersebut kepada photo anda. Klik link Edit Profile .
Akan keluar paparan seperti ini. Anda boleh memilih samada ingin menggunakan nama sebenar dan mempamerkan emel anda , dengan tick pada kotak yang disediakan. Jika tidak mahu , biarkan ia kosong.
Anda boleh menukarkan emel anda kepada yang lain. Tetapi username dan password log in ke blogger masih kekal. Pilih nama yang anda ingin pamerkan dan masukkan pada ruang Display Name. Ruang First Name dan Last Name boleh dibiarkan kosong atau diisi.Untuk Photograph anda boleh upload photo dari komputer atau embed dari web lain. Anda juga boleh embed video dari YouTube dengan hanya memasukkan link video tersebut. Cubalah . Gender pilihlah jika anda mahu. Birthday masukkan bulan pada kotak pertama, hari dan tahun.
Inilah rupanya tuan punya Blog Idea Aku, setelah photonya di upload.
Isikan maklumat pada ruang yang anda mahu supaya pengunjung lebih mengenali anda.
Masukkan maklumat minat anda, tentang diri anda, filem dan muzik yang anda minati. Jika ada persamaan minat dengan pengunjung, mereka mungkin akan pelawat tetap blog anda.
Isikan ruang kosong tersebut jika anda ingin kongsikan minat anda bersama pelawat. Akhirnya jangan lupa Save Profile. Klik View blog untuk melihat hasilnya. Pastinya blog anda nampak kemas dan lebih menarik.
Tahniah kerana anda telah berjaya meng'update' profile anda. :)
Friday, November 14, 2008
Mengedit profile blog
Posted by Pak Long WC at 10:04 PM
Labels: blogging, idea membina blog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


.gif)

0 comments:
Post a Comment