MSMv3 -  Earn Money With Your Social Networking Profiles ::

Wednesday, November 12, 2008

Permulaan Idea Membina Blog

Hi ,

Ini blog idea Pyan , baru sahaja aku 'create' untuk memudahkan newbie (student aku) untuk belajar membina blog. Blog ini dibina atas keyword 'blog' dan 'idea'. Keyword ini mempunyai kadar carian yang tinggi. Ini adalah ujikaji untuk melihat kesahihan ilmu yang aku dapat dari sebuah ebook yang aku beli.

Untuk memudahkan urusan pembinaan dan pengurusan blog, aku mewujudkan satu email baru. Paling bagus anda menggunakan "gmail' kerana ia bersaudara dengan 'blogspot'. Taipkan perkataan 'gmail' , anda akan dibawa ke 'page' yang baru . Klik 'sign-up'.

Selepas itu satu paparan baru akan muncul. Isi maklumat yang diperlukan. Anda boleh guna nama sebenar atau nickname. Pilih nama yang sesuai untuk diisi pada ruang 'Desired Login Name' kerana ia akan menjadi nama atau kepala emel anda nanti. 'Check Availability' dahulu untuk memastikan ia tidak pernah digunakan oleh orang lain. Catatkan nama emel yang anda pilih dan passwordnya di satu tempat lain untuk memudahkan anda mengingatinya.


Apabila selesai, klik button yang di bawah sekali 'I accept, create my account'.

Ya . Anda telah berjaya membina satu emel. Seronok juga kerana anda berjaya melakukan sendiri. Anda sudah berada selangkah kehadapan dalam dunia teknologi maklumat. Siri seterusnya , membina blog.

1 comments:

insane_penguin said...

baguih cekgu...
baguih...
ni url blog yg sy ckp tu cekgu

http://rjuna.net/

erm...cekgu bg ym cekgu

 
MSMv3 -  Earn Money With Your Social Networking Profiles ::