Hallooooo !
Semoga anda sihat. Idea membina blog nak cerita pasal social bookmarking. Membina dan menulis di blog seronok. Tulis lah apa sahaja , ceritalah apa sahaja memang seronok . Tetapi ada orang baca ke tulisan kita tu ? Kalau ada orang membaca kira okay le. Kalau tidak pembaca , syok sendiri lah namanya.
Kenapa tidak ada orang membaca ? Jawapannya , orang tidak tahu kewujudan blog anda.
Bagaimana hendak memberitahu orang lain kewujudan blog anda ?. Promosi, promosi dan terus promosi. Mampukah anda membuat promosi sepanjang masa ?
Okay, inilah keadaan "Idea Membina Blog" pada minggu lepas . Amat sukar untuk saya log in ke blog ini. Tidak ada sesiapa pun tahu kewujudan blog ini. Inilah paparan di enjin carian Yahoo!
Lebih menyedihkan keadaannya di enjin carian Google. Mereka langsung tidak tahu kewujudan blog ini. :? Kalau enjin carian pun tidak tahu wujudnya blog ini. Orang lain apatah lagi.
Untuk itu saya meminta bantuan Encik Digg untuk menggali blog saya. Dalam masa kurang dari tiga jam , inilah hasilnya di enjin carian Google. Encik Digg membantu saya menyenaraikan blog ini di enjin carian Google.
Inilah langkah-langkah yang saya lakukan di web Encik Digg. Mula-mula daftar akaun dengan Encik Digg. Apabila selesai , barulah anda boleh masuk (log in) ke webnya. Gunakan password dan username masa mendaftar tadi.Anda bolehlah mengisi ruang My Profile. Selepas itu klik Submit New.
Submit a New Link . Di bahagian ini saya kena bercerita tentang blog ini. Masukkan URL medianya. Saya pilih News Article. Klik button kat bawah tu.
Selepas itu keluar paparan sebegini. Tandanya Encik Digg menyiasat blog saya . Dia menyuruh saya bersabar. Kena tunggu lah sekejap.
Paparan berikut pula keluar. Saya kena isi Title blog dan Description blog. Saya guna Bahasa Melayu . Encik Digg tidak peduli sebab saya kawan dia. Rujuk paparan di atas.
Saya kena pilih topic . Di kategori mana blog saya . Ini memeningkan kepala saya. Pilih sahaja lah mana yang lebih kurang sesuai.
Preview . Sahkan bahawa saya adalah manusia , isikan maklumat untuk pengesahan . Tekan button di bawahnya.
Encik Digg sekali lagi menyiasat blog saya . Dia khuatir blog ini adalah duplikasi . Peringatan : Jangan tiru atau ciplak kandungan blog orang lain. Jangan copy dan paste . Pasti Encik Digg akan tendang anda keluar dari webnya. :)Encik Digg sedang menduga saya dengan mengatakan " We think your story might be a duplicate of one that was submitted by someone else". Jangan peduli . Teruskan scroll ke bawah.
Saya kena bersumpah . Totally original, I swear ! . Klik je button tu .
Akhirnya dia menerima pengakuan saya. Selesai.Masih ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan di sini. Anda boleh cari kawan di sini . Anda boleh menjerit (shout it) memberitahu mereka kewujudan blog anda. Awas ! Jangan kerap sangat nanti mereka tanam(bury) blog anda. Itu sahaja. Semoga anda dapat melakukan dengan baik dan bersopan. No spam.
Thursday, November 20, 2008
Submit blog ke web social bookmarking
Posted by Pak Long WC at 9:16 PM
Labels: blogging, idea membina blog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


.gif)

0 comments:
Post a Comment