Ini adalah kerja yang senang hanya tulis dan klik. Untuk apa optimize blog ? Menurut kepercayaan tahyul para blogger , ia akan menjadikan blog kita lebih friendly dengan search engine. Betul ke ? Lakukan dan lihat hasilnya . Langkah pertama ;
Log in ke blog anda dan klik 'Setting'. Lihat paparan di bawah.Anda akan dibawa ke paparan yang baru. Setting > Basic. Pada ruang Title letakkan nama/tajuk blog anda yang merupakan keyword anda. Pada ruangan 'Description' tuliskan keterangan berkaitan blog anda. Untuk tujuan optimise, gunakan nama blog anda sebanyak tiga kali dalam keterangan tersebut. 'Add your blog to our listing ?' tukarkan settingnya kepada 'No'.
.......
Seterusnya tukarkan Show Email Post links kepada 'Yes'. Perkara yang lain biarkan. Jika anda ingin mencuba yang lain-lain , dipersilakan.
Seterusnya klik Save Settings.Oh, satu perkara lagi. Jika anda menyampah atau bosan dengan blog anda , klik button yang berwarna biru .
Langkah seterusnya klik Formatting. Untuk ruang 'Show' tukarkan 7 kepada 1 . Bermakna hanya 1 post sahaja akan berada pada main page.
Untuk ruang 'Language' anda boleh kekalkan English atau tukar kepada Malay. Tukarkan kepada 'Malay' dan 'View blog' . Apa yang dapat anda kesan ?. Kemudian tukar 'Show Link fields kepada 'Yes'.
Untuk ruangan 'Comment' , anda boleh pilih Show atau Hide . 'Who Can Comment' saya pilih 'Anyone'.
Untuk 'Comment' moderation , saya gunakan 'Always'. 'Show word verification for comments ?' mesti Yes. 'Show profile images on comments ?' tukarkan kepada 'Yes'. Ini memudahkan anda mengenali siapa yang menulis komen. Ia berfungsi sebagai avatar.
Untuk 'Archiving', 'Archive Frequency' tukar kepada 'Weekly'. Save settings , jangan lupa.Arghh......! Siap tugasan optimize blog. Anda sepatutnya melakukan teknik ini.
Friday, November 14, 2008
Optimize Blog
Posted by Pak Long WC at 11:23 PM 1 comments Links to this post
Labels: blogging, idea membina blog
Mengedit profile blog
Blog Idea Aku akan menerangkan kepada anda cara membuat 'edit profile'. Profail tuan punya blog. Perhatikan photo pada dashboard. Anda boleh menukarkan photo tersebut kepada photo anda. Klik link Edit Profile .
Akan keluar paparan seperti ini. Anda boleh memilih samada ingin menggunakan nama sebenar dan mempamerkan emel anda , dengan tick pada kotak yang disediakan. Jika tidak mahu , biarkan ia kosong.
Anda boleh menukarkan emel anda kepada yang lain. Tetapi username dan password log in ke blogger masih kekal. Pilih nama yang anda ingin pamerkan dan masukkan pada ruang Display Name. Ruang First Name dan Last Name boleh dibiarkan kosong atau diisi.Untuk Photograph anda boleh upload photo dari komputer atau embed dari web lain. Anda juga boleh embed video dari YouTube dengan hanya memasukkan link video tersebut. Cubalah . Gender pilihlah jika anda mahu. Birthday masukkan bulan pada kotak pertama, hari dan tahun.
Inilah rupanya tuan punya Blog Idea Aku, setelah photonya di upload.
Isikan maklumat pada ruang yang anda mahu supaya pengunjung lebih mengenali anda.
Masukkan maklumat minat anda, tentang diri anda, filem dan muzik yang anda minati. Jika ada persamaan minat dengan pengunjung, mereka mungkin akan pelawat tetap blog anda.
Isikan ruang kosong tersebut jika anda ingin kongsikan minat anda bersama pelawat. Akhirnya jangan lupa Save Profile. Klik View blog untuk melihat hasilnya. Pastinya blog anda nampak kemas dan lebih menarik.
Tahniah kerana anda telah berjaya meng'update' profile anda. :)
Posted by Pak Long WC at 10:04 PM 0 comments Links to this post
Labels: blogging, idea membina blog
Wednesday, November 12, 2008
Pembinaan Blog
Ini adalah langkah-langkah pembinaan Blog Idea Pyan. Diharap anda dapat mengikuti tutorial ini. Kemukakan permasalahan anda di bahagian komen. Anda perlu berada di web 'blogger.com'.
Taipkan perkataan 'blogger.com' pada web browser anda. Paparan ini akan keluar.
Klik pada ayat Blogger - Create your free blog. Akan terpapar page ini. Gunakan kepala emel dan password gmail anda untuk log in.Klik button sign in.
Seterusnya akan terkeluar page berikut. Isikan 'Display name' iaitu nama atau nick yang anda mahu untuk dipaparkan di blog. Tick pada kotak di bawah nya sebagai tanda anda bersetuju dengan term of service mereka. Klik 'Contineu'.Ini adalah bahagian untuk memilih nama blog dan url nya. Gunakan keyword yang anda pilih sebagai Blog Title dan masukkan'blog title' sebagai url dibahagian 'Blog address'. Anda perlu memastikan url blog tersebut tidak digunakan oleh orang lain dengan klik 'Check Availability'.
Isikan 'Word Verification' dan klik button berbentuk anak panah.
Pilih template anda dahulu. Template ini boleh ditukar kemudian. Klik untuk langkah seterusnya.Jika paparan seperti dibawah keluar, bermakna anda telah berjaya membina blog. Klik arrow berwarna oren .
Inilah yang akan terpapar dan anda boleh mula menulis post. Setiap artikel yang anda tulis dan di'publish'kan disebut sebagai post.
Phuh.............! Lega. Siap satu blog . Anda kini di gelar blogger. Proses pengurusan blog disebut blogging. web anda ini dipanggil blog. Blog, Blogger & Blogging.
Posted by Pak Long WC at 11:06 PM 0 comments Links to this post
Labels: blogging, idea membina blog
Permulaan Idea Membina Blog
Hi ,
Ini blog idea Pyan , baru sahaja aku 'create' untuk memudahkan newbie (student aku) untuk belajar membina blog. Blog ini dibina atas keyword 'blog' dan 'idea'. Keyword ini mempunyai kadar carian yang tinggi. Ini adalah ujikaji untuk melihat kesahihan ilmu yang aku dapat dari sebuah ebook yang aku beli.
Untuk memudahkan urusan pembinaan dan pengurusan blog, aku mewujudkan satu email baru. Paling bagus anda menggunakan "gmail' kerana ia bersaudara dengan 'blogspot'. Taipkan perkataan 'gmail' , anda akan dibawa ke 'page' yang baru . Klik 'sign-up'.Selepas itu satu paparan baru akan muncul. Isi maklumat yang diperlukan. Anda boleh guna nama sebenar atau nickname. Pilih nama yang sesuai untuk diisi pada ruang 'Desired Login Name' kerana ia akan menjadi nama atau kepala emel anda nanti. 'Check Availability' dahulu untuk memastikan ia tidak pernah digunakan oleh orang lain. Catatkan nama emel yang anda pilih dan passwordnya di satu tempat lain untuk memudahkan anda mengingatinya.
Apabila selesai, klik button yang di bawah sekali 'I accept, create my account'.
Ya . Anda telah berjaya membina satu emel. Seronok juga kerana anda berjaya melakukan sendiri. Anda sudah berada selangkah kehadapan dalam dunia teknologi maklumat. Siri seterusnya , membina blog.
Posted by Pak Long WC at 10:32 PM 1 comments Links to this post
Labels: blogging, idea membina blog


.gif)
